Sunday, July 6, 2014

Puding Kastad Buah-Buahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni dah masuk 8 hari kita berpuasa. Alhamdulillah, moga kita di berikan kesihatan yg baik sepanjang bulan yg mulia ini dan dpt menjalani ibadah dngn penuh istiqamah. Bagi ibu2 mestilah sedaya upaya menyediakan juadah berbuka buat keluarga tersayang kannnn. Walau menu simple, tapi di sediakan dngn penuh kasih sayang, masakan itu jadi lebih sedap.....betul tak? Semalam saya buat puding kastad buah2an ni sebagai pencuci mulut. Bukan bulan ramadhan je, hari2 biasa pun sedap layan puding ni, lebih2 lagi di makan sejuk...kat SINI pun ada.



Bahan2 Utk Puding

  • 1 cwn tepung kastard
  • 5 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.
Bahan Utk Kuah
  • 1 tin koktel buah2an ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang koktel dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur koktel buah2an.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang koktel buah2an  tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama puding kastard

5 comments:

  1. assalam yatie, tengok time tnghari sedang haus dan lapar mcm tak cukup je dessert tu..

    ReplyDelete
  2. Salam Yatie..nyaman jer anak tekak klu dpt puding kastad nih...(^_^)

    ReplyDelete
  3. macam sedap je...senang je...leh try ptg ni...

    ReplyDelete
  4. sunnguh menyelerakan.sesuai untuk anak2 sebab berwarna-warni!

    ReplyDelete
  5. semua nya terbaek la resepi kak yatie.. sama cantik sedap,sama cantik dgn k.yatie :)
    like1000+...hehhehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails