Monday, July 7, 2014

Mee Jawa Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Mee Jawa ni menu semalam, tapi hari ni baru nak kongsikan kat sini. Saya suka resepi K.Liza ni, ianya mudah dan sedap. Kalau bulan puasa ni, menu mee menjadi pilihan kami sekeluarga. Tak kisahlah mee apa pun, janji mee... Jadi saya pun masaklah mee jawa utk berbuka semalam. Lepas ni siaplah menu mee je berderet2. Pada peminat mee tu, bolehlah cuba resepi mudah dan semestinya sedap ni. Jom semak resepinya.

 
Bahan-bahan
  • 1 kg mee kuning (dicelur dan toskan)
  • 1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan ekornya dan celur sekejap je..)
  • 2 tangkai daun bawang/ daun sup (dihiris)
  • 4 tangkai cili merah/hijau (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:  

  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar halus)
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 batang serai * (bhn bertanda * di kisar halus)
  • Sedikit halia *
  • sedikit lengkuas *
  • 100 gm udang kering
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 s/b cili kisar
  • 3 s/b serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • air secukupnya ikut kepekatan yg di kehendaki
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang di kisar, rempah & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan keledek kisar. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  4. Angkat dan hidangkan dgn mee yg telah di celur dan bahan yg dihiris.
  5. Tuangkan kuah ke atas mee dan selamat menjamu selera.

3 comments:

  1. Salam Kak Yati...
    waa...sedapnya mee jawa...sesuai utk berbuka puasa ya...

    ReplyDelete
  2. Nampak mengancam pulak mee jawanya ni Tie... bulan puasa ni aku lum lagi wat menu mee....

    ReplyDelete
  3. nak try buat hari ni juga. harap menjadi.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails