Sunday, January 5, 2014

Cream Puff With Custard Filling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni nak kongsikan resepi cream puff yg saya buat malam tadi. Lama dah teringin nak buat, tapi tak terbuat2 gak...ini pun gara2 didesak oleh Seri yg teringin sangat nak buat cream puff. Tengok bahan2 dan cara2nya mudah je, tapi tulahhhhh...selagi tak cuba tak tau kan. Sebelum ni beli je kalau teringin nak makan, kali ni buat sendiri. Tak sangka walau pertama kali buat, menjadi dngn jayanya...he3...padahal tak berapa lawa. Pada kwn2 yg teringin dan belum pernah mencuba tu, bolehlah cuba resepi ni...pasti menjadi, sedap pulak tu...jom semak resepinya.....




Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani , Mas

Bahan2 :
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur
Cara 2 :
  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
  2. Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
  3. Selepas ia mula mendidih, perlahankan api paling kecil dan terus masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di kacau.
  4. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Saya pukul guna mixer hingga adunan licin.
  5. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
  6. Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
**.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  • 1 camca teh esen vanilla
Cara2nya
  1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
  2. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  3. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

12 comments:

  1. first time makan dulu cream puff ni terus saya jatuh cinta...ha3.... memang sedap rasanya. lama gak cari resepinya.

    ReplyDelete
  2. Cantik cream puff akk ♡
    dh lama x buat cream puff terliur pulak

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang sedap. boley tempah ni ngan admin
      sinar harian

      Delete
  4. comel tu.. comel2 sweet gitu puff akak. hehe

    ReplyDelete
  5. Sedap ni... ada bukak kedai ke????...
    sinar harian

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum yatie..cream puff mmg sedap..lama dah x buat....

    ReplyDelete
  7. Gebunya...terliurlah pulak nengok custard filling yg keluar dari cream puff tu.

    ReplyDelete
  8. My Faveret all time ni... nmpak tak sah kalau x beli... huhuhu..

    ReplyDelete
  9. 1 1/3 cawan susu segar utk buat filling tu bersamaan dgn berapa ml ye ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails